Thursday, September 25, 2008

~kUaLa kaNgsaR~


Aritu balek Kuala Kangsar ngan paan, qema n han.. best nek bas reramai.. hehe.. balik pn sbb nk wat projek masb yg haishh.. tajuk ktowg Penghasilan tembikar di Perak.. huhu.. ktowg kne rakam psl pembuatan labu sayong.. dapat la gak ape yg ktowg nak.. yg beshnyew ktowg bejalan sehari suntuk(adela blek gaks, xde la shari suntuk sgt).. just nak tangkap gambar jew.. pastu p bazar.. hehe.. qema n han bli labu sayOng.. hehe.. best la.. hope nnt dpt la bejalan ke klantan kew, ganu kew or mane2 la.. p ramai2 ngan dorang.. besh.. ;p hehe.. InsyaALLAH.. ;p


BesaU x lemaNg?? hehe..

Wednesday, September 24, 2008

~handsOme vS. xhandsOme~

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap, “woow, cool giler“
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap, “Eh perasan bagus“

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata, “nobody’s perfect“
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap, “Memang… muka pun macam pecah rumah!“

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan cakap, “Wah.. machonya.. macam hero filem!“
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata, “Entah-entah kawan dia“

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata, “Sepadan sangat“
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata, “Mesti kena bomoh perempuan tuh!“

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata, “Jangan sedih, kan saya ada“
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata, (terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…

Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap, “Perasaannya halus… penuh kasih sayang“
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap, “Sesama ‘keluarga’ memang harus menyayangi“

Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap, “Matching… hebat luar dalam“
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap, “Bang, bosnya mana?“

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap, “Pasti takut kalau-kalau gambarnya tersebar“
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata, “Tak sanggup melihat hasilnya ya?“

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap, “Ini barulah lelaki gentlemen“
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap, “Naluri pembantu, memang begitu“

Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap, “Let me be your shoulder to cry on“
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata, “Kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?“

Sume nih mcm x betul jew.. ade pulak perbezaan antara handsome ngan tak handsome.. haishh.. xsemua orang perfect maa.. handsome ke tak handsome kew, same jew, cuma hati jew yg beza.. jangan nilai seseorang ikut luaran sahaja.. kena tau hati budi, barula boleh ckp macam2.. setengah orang suke orang handsome, setengah orang suke orang tak handsome.. yang penting kte kne tau hati dorang.. xsemestinya orang handsome baik, pandai, gentleman, n xsemestinya orang xhandsome tuh jahat, xpandai, xgentleman, pecah umh.. its all cume tanggapan orang jew.

sOooo, dUn jUdge peopLe by itS cOveR.. ;
p

Monday, September 15, 2008

~taggeD lagi?~

Tagged by:
niNi kUu..

5 things found in my bag:
1. wallet..
2. pendrive 4Gb..
3. tissue..
4. handphone (sometimes i put in my bag..hehe..)..
5. glasses (rabun sket la..)..

5 favourite things in my room:(room at home)
1. lots of comics (hot gimmick, le gardenie, etc.)..
2. computer..
3. books (me n my sisters)..
4. lots of pillow..
5. my things la..

5 things I've always wanted to do:
1. i want to meet my family everyday.. waa..
2. hope to have reunion 4 ex-RPKian's.. windu kowang..
3. study, but im very da lazy maa.. waa.. assg byk x ciap..
4. well, well, well..
5. too many smp xdpt pikir.. haha..

5 things I'm currently into:
1. anime..
2. kamen rider den-O.. xabs pn..waaa..
3.dun noe..
4. -
5. -

I want u guys to tag this!
1.Fahmie..
2.Paen..
3-5.sape2 la yg blom kne or yg tgh buhsan.. hehe..

Saturday, September 6, 2008

~The Sisterhood Of The Travelling Pants~

..The Sisterhood Of The Travelling Pants...

Ini adlh cter pasal persahabatan yang dieratkan lagi dengan kehadiran seluar jeans. cter nih besh sgt. cter die pasal 4 owg sahabat nih, nme die, Tibby, Carmen, Lena n sape lg sowang ek..? lpe lak.. hehe.. erm, dorang ni rapat sangat. kemane2 aje berempat. satu ari dorang ke kedai pakaian. dorang berempat dok try suar jeans. n nak dijadikan cter(mmg cter pn), keempat2 tuh muat jeans yg same.. yang kcl n bsr pn dpt pki suar yg sme. so dorang dok bt pejanjian sbb dorang akn bepisah ke tmpt2 yg xbpe nk jauh la, tp jauh gaks. syarat die, suar tu xblh dibasuh, n len2 la. xingt sgt dowh. erm, macam2 hal yg belaku sepanjang tuh. dorang anggap suar tuh mcm keajaiban tuk dorang. ad yg dpt pakwe, dpt kwn br(bdk kcl jew), n xkrg jgk yg ad mslh ngan family n dri snd. tapi dgn suar tu la, persahabatan dorang makin kukuh. Walaupn ada banyak dugaan, kawan ttp tmpt utk meluahkan perasaan. xkire la melaui telefon, surat @ bertemu dr mte ke mte. kawan sntsa di hati. bile ak tgk cter nih, rse cm n nangis pn ad.

Teringat zaman skolah dl. Ak, Dayah(Unisel), Wawa(Uia), Cua(Msu), Trah(Kpm), Tkah(Kptm), Isha(Uitm S'wak), Ninis(Uitm S.Alam), Faz(Rpk, Stpm) n Dekya(Uitm Arau), rapat sangat2. walaupn len2 klas tp ktowg ttp concern satu sme len. 5 tahun bersame buat ktowg dh mcm adk beradik. suka duka ktowg kongsi besame. seronok sangat time tuh.
tp skrg dh len. ktowg sume dh len2 tmpt blaja. so, sume dpt kawan baru. kdg2 rse cm dilupekn, jeles n mcm2. tp tu sme sbnrnye prasaan jew. asl ak ingt kt dorang i2 dh ckp bg ak. jgn sbb salah faham ak n dorang begaduh. i2 x pnh tejadi. mgkn ad tp i2 lah yg menyebabkn persahabatan ktowg mkn kukuh. ak sntsa mendoakn dowang melalui kehidupan yg sempurna wlaupn kt saling berjauhan. kowang sentiasa dekat di hati ak. thanks for being my friends.

Skarang kt uniten, ak dpt kwn2 yg concern kat ak. walaupn kdg2 ad mslh tp ktowg still besame. Ak, Qemma, Paan, Baby, Han, n Nini..
Ak sayang kowang sangat2.. Fullstop.. kowang slalu ceriakn hidup ak. walaupn kdg2 ak ad wat lawak bodo, moody sket, or ad wat kowang sket ati ke ape ke, ak mntk maap byk2 k. im not a perfect person act. hope kowang trime ak seadanye. tego la ak klu ak ad wat slap. So, 4 u all, Thanks also 4 being my friends. I really appreciate it. Harap kte akn saling bantu-membantu ant satu sme len. Keep in touch always. X kire la miskol, sms, ym, fs or ms. Kite kan Geng Bas uniten..
Pd kwn2 yg len, ak pn syg kowang sme. Fahmi n Meon, kowang bedua bek sgt. thanx sbb byk tlg ak ek. hehe.. Ainur, paen, bal, cipah, fifin, sara, im, wani, n yg len2.. Keep in touch..

Love U all.. Muahx..

~syaRat2 makSiat~

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
1.Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya."
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya? "
2."Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!"
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya? "
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.
3.Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.
4.Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh."
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi
permintaanku? "
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?"
5.Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. "
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.
Wallahua'lam..
Bertaubat lah kamu sebelum terlambat. Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak..