Alhamduillah. Allah itu yang memberi rezeki. Kalau kita sabar menunggu rezeki daripada Allah, insyaAllah akan ada sesuatu untuk kita nanti.
Jadi, ini rezeki Allah untuk aku. Alhamdulillah, setelah sekian lama tunggu, aku akan memulakan langkah baru seperti kawan-kawan lain.
Eventhough, aku bukanlah bekerja seperti mereka, ada epf, socso bagai, aku tetap bersyukur. Walaupun aku cuma dapat elaun bukan gaji seperti mereka, aku tetap bersyukur. Kenape? Sebab rezeki Allah luas. Selagi kita hidup dengan mempercayai Allah, insyaAllah, Allah akan membantu kita. :')
Ini adalah satu platform untuk aku memperbaiki apa yang kurang dalam diri untuk aku melalui kehidupan akan datang. Aku memangil ini sebagai pencarian pengalaman untuk diri aku sendiri kerana diri aku serba kekurangan. Jadi, aku perlukan pengalaman untuk mengurangi kekurangan yang aku ada.
Isnin ini aku akan medaftarkan diri ke Genting View Resort. Dihantar oleh keluarga dan kazen. Moga-moga semuanya selamat. InsyaAllah, Amin.
Setahun jugak lah aku duk rumah tanpa kerja. Alhamdulillah, ayah bukan jenis yang bising sangat dan emak bukan nye memaksa sangat. Mereka tahu anak mereka mencuba yang terbaik untuk meneruskan kehidupan dia. Haha.
Tapi, setahun ni jugak banyak benda yang berlaku. Dan aku mengambil iktibar atas apa yang berlaku.
Aku habis belajar then grad, ayah aku pencen, mak aku pencen, kami pindah teluk intan, kakcik kahwin and now pregnant, kakak bakal jadi ibu, (akan dapat dua sepupu this year) :D
Then, jaga opah yang sakit, tapi Alhamdulillah sihat lah sekarang ni, teman opah kat hospital, bawak opah pegi check up kat hospital. Lepas ni takdapat teman opah lagi. sobs.
Jaga atuk sakit, ulang alik bidor-teluk intan. Nasib baik dekat. Tengok atuk semakin kurus. Tapi, Allah lebih sayangkan atuk. Aku berdoa moga atuk diletakkan di tempat orang-orang yang beriman. Amin. Kami sayang atuk. :')
Banyak lagi yang berlaku yang mematangkan diri aku. Moga-moga hati aku terus kuat untuk menghadapi hari mendatang. InsyaAllah. Mak, ayah, kaklong, kakyang, adik, doakan kejayaan k.ngah okay? Kalau ada rezeki lebih, korang takkan dilupakan. :))
Well, holiday, thank you for giving me this opportunity to go through this meaningful year. Lepas ni susah sikit lah nak melalui holiday yang lama lagi. Haha. I had enough pun. Hewhew.
Well then, may i find my own happiness and moga Allah sentiasa memberkati rezeki aku. Amin.
Bye. :')
2 comments:
tahniah2.. training 11bulan, lame tuh.. da mcm andak kamu training masuk maritim jep.. takpe, moga2 dpt keje kt sime darby.. kalo tak meh labuan, tolong jaga si kecik neh. sambil cari keje tetap kt labuan. masyuk woo gaji kt cni.. tp syg, life tak berapa nk sonok. uhuk3..=(
wuhu tahniah! sime darby weh! gempak tuh. go nisa go!
Post a Comment